F expr:class='data:blog.pageType'>

Arab Saudi Bakal Miliki Hotel Terbesar Dan Tertinggi Di Dunia



Abraj Kudai akan menjadi hotel terbesar di dunia yang terletak di Makkah, Arab Saudi.

Hotel terbesar ini dikatakan mempunyai 10,000 buah bilik di 12 menara berasingan.


Direka oleh Dar Al Handasah, projek ini dibina di kawasan sebesar 1.4 juta meter persegi dan di kawasan Manafia di zon tengah Makkah.

Malah, lokasinya yang strategik iaitu hanya 1.6 kilometer dari Masjidil Haram bakal menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah apabila siap kelak.

Projek bernilai $ 3.5 bilion (RM13 bilion) ini sudah pun dalam pembinaan.

Lebih menarik, hotel yang mempunyai 12 menara ini bakal menawarkan 70 buah restoran dan tempat pendaratan helikopter.


Antara tarikan utama bangunan ini adalah kubah utama yang dijangka menjadi kubah terbesar dan tertinggi di dunia.

Seni bina hotel ini bercirikan mercu tanda ikonik yang mencerminkan kontemporari kubu tradisional padang pasir.



Sepuluh daripada menara menyediakan penginapan bertaraf empat bintang manakala dua lagi bangunan menawarkan perkhidmatan hotel mewah bertaraf lima bintang.

Abraj Kudai dijangka siap pada tahun 2017.



Arab Saudi Bakal Miliki Hotel Terbesar Dan Tertinggi Di Dunia Arab Saudi Bakal Miliki Hotel Terbesar Dan Tertinggi Di Dunia Reviewed by Berbagai_bagai on 10:19 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.