F expr:class='data:blog.pageType'>

Jakarta Cadang Benarkan Pelacuran


Dalam usaha untuk membendung kegiatan pelacuran haram di rumah murah dan juga setinggan, Gabenor Jakarta telah menyarankan supaya kerajaan tempatan untuk membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan secara ‘halal’.

Selain itu kebenaran untuk aktiviti pelacuran di tempat tertentu juga dikatakan dapat mengawal kegiatan menawarkan perkhidmatan seks di kalangan remaja perempuan bawah umur.


Pihak berkuasa juga telah membongkar kegiatan perkhidmatan seks remaja bawah umur menerusi sebuah laman web setelah menyerbu sebuah kediaman mewah dan selamatkan kira-kira 10 remaja termasuk seorang yang sedang mengandung yang dijadikan pelacur untuk kelas atasan.

Bagaimanapun, idea Ahok itu dibantah Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia Ma’ruf Amin yang dipetik media sebagai berkata cadangan melegalkan pelacuran adalah langkah yang salah dan menyimpang daripada ajaran syariat Islam.

“Maksiat itu harus diminimalkan bukan malah dilegalkan,” katanya menyeru semua pendakwah agar menggerakkan aktiviti kesedaran mengenai kesan buruk akibat pelacuran.
Jakarta Cadang Benarkan Pelacuran Jakarta Cadang Benarkan Pelacuran Reviewed by Berbagai_bagai on 9:21 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.