F expr:class='data:blog.pageType'>

Isteri Bebel, Suami Suka Seks Ganas Punca Cerai Meningkat Di Selangor


Jangan terkejut kerana ianya memang benar! Sikap isteri yang suka membebel dan suami gemar melakukan seks ganas merupakan antara punca utama kes perceraian di Selangor meningkat saban ta­hun.

Memetik laroran daripada Utusan Online, faktor lain yang menyumbang kepada penceraian ada­lah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga dan masalah anak.


Ketua Pendaftar, Perkahwinan, Per­ceraian dan Rujuk Orang Is­lam Negeri Selangor, Jabatan Aga­­­ma Islam Selangor (JAIS), Alu­wi Parman berkata, tabiat ne­ga­tif sedemikian yang sering di­praktikkan oleh pasangan sua­mi isteri pada masa kini terus meningkat sekali gus menjurus kepada peningkatan perceraian.


Image via PakarCinta.com

“Jumlah statistik perceraian pada tahun lalu meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.

“Kes perceraian tertinggi ada­lah melibatkan pasangan muda berusia 31 hingga 35 tahun dengan 915 kes setakat Mei tahun ini ma­nakala pada 2014, pasangan dalam lingkungan usia tersebut mencatatkan 3,156 kes.


“Jumlah pening­ka­tan ini per­­lu diberikan perhatian dan usa­ha membendungnya akan di­per­ting­katkan termasuk me­nambah baik modul dari se­masa ke semasa,” ka­ta­­nya.

Pada perkembangan berkaitan, je­las Aluwi, isu perkahwinan lain adalah pernikahan di luar ne­gara seperti di selatan Thailand dan Indonesia yang semakin ting­gi da­lam kalangan penduduk Se­langor.


Image via mStar

“Antara faktor utama yang menyebabkan pasa­ngan bernikah di sana adalah disebabkan po­li­­gami kerana tidak mendapat perse­tu­ju­­­an daripada isteri pertama.

“Malah, ada juga yang terlanjur dan ti­dak mendapat restu keluarga memilih un­­tuk bernikah di selatan Thailand atau Indonesia,” ujar­nya.

Menurutnya, jum­lah pasangan yang bernikah di luar negara itu semakin meningkat dan mereka hanya mendaftar di negara ini se­lepas berdepan masalah pen­daf­taran anak atau beberapa perkara lain.


Dalam pada itu, Aluwi mem­beritahu, ciri-ciri sesebuah rumah tangga yang bahagia adalah mempunyai isteri atau suami yang soleh.
Isteri Bebel, Suami Suka Seks Ganas Punca Cerai Meningkat Di Selangor Isteri Bebel, Suami Suka Seks Ganas Punca Cerai Meningkat Di Selangor Reviewed by Berbagai_bagai on 7:23 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.