F expr:class='data:blog.pageType'>

Ingat Orang Minyak, Rupanya Mat Bangla Bogel Giat Merompak



GAYANYA tak ubah persis ‘orang minyak’.

Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh mengejutkan netizen apabila dikesan giat menjalankan aktiviti mencuri dan merompak dalam keadaan berbogel.

Imej suspek yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ketika sedang merompak di salah sebuah rumah mangsa pada Mac lalu kini menjadi viral di laman sosial.

Difahamkan, lelaki itu menjalankan modus operandinya di sekitar kawasan Gombak, Selangor sejak beberapa bulan lalu.


Suspek dikatakan melakukan jenayah ketika mangsa sedang enak tidur iaitu sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi.

Menurut seorang penduduk tempatan, kira-kira lebih 5 buah rumah telah menjadi mangsa rompakan penjenayah bogel itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Murusamy mengesahkan perkara itu dan siasatan giat dijalankan untuk menangkap suspek. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE
Ingat Orang Minyak, Rupanya Mat Bangla Bogel Giat Merompak Ingat Orang Minyak, Rupanya Mat Bangla Bogel Giat Merompak Reviewed by Berbagai_bagai on 3:14 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.