F expr:class='data:blog.pageType'>

"Anak Dah 2 Orang..AWAK SUSAH SANGAT NAK PUASKAN SAYA! SAYA KAHWIN SATU LAGI KALAU TAK BAGI JUGAK!" Remuk Jiwa ISTERI BILA NAFSU SYAITAN Kuasai Diri Suami





Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah.


Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan".


Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.


Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.


Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.


Katanya ,"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.


Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya.


Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri.


Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.


Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor."


Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari.


Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah?


Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita.


Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang menceritakan pengelamannya menemui lelaki yang tidak berhati perut ketika isterinya baru bersalin. Hanya kerana tidak mendapat anak lelaki yang diinginkan, lelaki itu sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-katanya yang tidak masuk akal.
"Anak Dah 2 Orang..AWAK SUSAH SANGAT NAK PUASKAN SAYA! SAYA KAHWIN SATU LAGI KALAU TAK BAGI JUGAK!" Remuk Jiwa ISTERI BILA NAFSU SYAITAN Kuasai Diri Suami "Anak Dah 2 Orang..AWAK SUSAH SANGAT NAK PUASKAN SAYA! SAYA KAHWIN SATU LAGI KALAU TAK BAGI JUGAK!" Remuk Jiwa ISTERI BILA NAFSU SYAITAN Kuasai Diri Suami Reviewed by Berbagai_bagai on 4:16 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.