F expr:class='data:blog.pageType'>

Beli kereta RM345,000 guna syiling



Shenyang (China): Seorang lelaki semalam membeli sebuah kereta baru berharga 580,000 yuan (RM345,000) dengan mengguna duit syiling dan wang kertas 20,000 yuan (RM12,000).

Syiling dalam 1,320 bungkusan bergulung itu seberat empat tan dan setinggi empat meter apabila disusun secara menegak.

Seramai 10 pekerja mengambil masa lebih sejam untuk membawa keluar wang berkenaan dari trak pembeli itu untuk disimpan di dalam stor.

Menurut lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Gan, dia bekerja di sebuah stesen minyak dan menerima syiling berkenaan hasil daripada penjualan minyak kepada pemandu bas sejak beberapa tahun lalu.

Disebabkan tidak ada bank di sekitar kawasan tempat dia bekerja, dia mengumpul syiling itu sehingga sebegitu banyak sebelum mengambil keputusan membeli kereta baru.

Beli kereta RM345,000 guna syiling Beli kereta RM345,000 guna syiling Reviewed by Berbagai_bagai on 7:31 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.