F expr:class='data:blog.pageType'>

[5 GAMBAR] NGERI!!! POLIS PENYIASAT TURUT DISERANG BABI HUTAN YANG MEMBUNUH DUA PEKERJA KEBUN



Segamat: Seekor babi hutan telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis selepas haiwan liar itu dikatakan telah menyerang sepasang suami isteri hingga mati di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor tengah hari ini(Semalam).

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari mengorbankan Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, yang sedang menoreh.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Berdasarkan kesan kecederaan memang disahkan mangsa mati disebabkan serangan babi hutan berkenaan.


"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan itu, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut.

BERIKUT ADALAH LAPORAN POLIS


1. Makluman awal kes penemuan 2 mayat dalam kebun getah


2. Buloh Kasap Rpt:854/15.
Tarikh/masa: 2/7/15


3. Klasifikasi: SDR
I.O: ASP Abd Rahman bin Ahmad
KBSJD


4. Pengadu: Mohd Azhar bin Abdullah
Umur: 35 thn


5. Mangsa:
1. Loo See Seng(suami)
501030-01-5613
No 13 Jalan Astakajaya 4, Taman Astakajaya Jalan Buloh Kasap 85010 Segamat.
2. Liow Siew Lan(Isteri)
No 13 Jalan Astakajaya 4, Taman Astakajaya Jalan Buloh Kasap 85010 Segamat.


6. Kerugian:
7. Suspek: Serangan babi hutan


8. Kecederaan:
Mangsa 1: Kecederaan luka koyakan dibahagian kedua-dua kaki, paha, tangan dan pendarahan dalaman.
Mangsa 2: Patah dan remuk betis kanan, kesan koyakan akibat tisukan objek tumpul pada kedua-dua betis
Seluar kedua-dua mangsa koyak rabak dan ada kesan seretan


9. Keterangan kes
Pada 2/7/15 jam l/kurang 1135 hrs semasa pengadu sedang bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Buloh Kasap telah menerima panggilan telefon dari (1)(L) Cina menyatakan telah terjumpa dua mayat dalam kebun getah di Kuala Paya, Buloh Kasap.


Lelaki tersebut Ng Chin Lian @ Hong Chin Lian
Kpt: 510902-01-5891
No 313D Jln Aziz Kg Abdullah, merupakan pemilik kebun tersebut dan mangsa bekerja dengannya.


12. Hasil siasatan:
→ Pada jam 1400 hrs I.O hadir bersama K/S 61480 untuk siasatan tempat kejadian. Turut disertai oleh Unit Forensik IPD Muar, K9, anggota Detektif, KPB dan anggota Balai.
→ Hasil siasatan awal berdasarkan kecederaan dan koyakan pakaian, mangsa disyaki telah diserang oleh babi hutan.
→ SM110060 Johar bin Khamis AIO Jenayah mengambil inisiatif mengesan lopak atau punca air bagi mengesahkan perkara ini. Semasa meninjau kawasan tanaman sawit bersebelahan kebun getah, seekor babi hutan telah menyerangnya menyebabkan kecederaan pada betis dan seluar terkoyak. Beliau sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit.
Bagi menyelamatkan SM Johar, KBSJD bersama Sjn 64826 K9 terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol Walther P99 dan Sig Sauer membunuh babi hutan tersebut.


13. Ulasan:
→ Mayat dihantar ke Hospital Segamat dan akan menjalani Post Mortem oleh Dr Pakar Forensik pada 3/7/15 bagi mengesahkan punca kematian.
SM110060 sedang menjalani rawatan di Hospital Segamat












[5 GAMBAR] NGERI!!! POLIS PENYIASAT TURUT DISERANG BABI HUTAN YANG MEMBUNUH DUA PEKERJA KEBUN [5 GAMBAR] NGERI!!! POLIS PENYIASAT TURUT DISERANG BABI HUTAN YANG MEMBUNUH DUA PEKERJA KEBUN Reviewed by Berbagai_bagai on 9:08 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.