F expr:class='data:blog.pageType'>

Video: Wanita Dibelasah Sebelum Ditinggal Tepi Jalan



SATU rakaman video menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh seorang lelaki kini tersebar di laman sosial.

Kejadian berlaku di Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah, berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut.

Wanita berkenaan dilihat berada di luar pintu kereta penumpang sebelah kiri, sambil sebelah tangannya dilihat sedang bergelut dengan seorang lelaki yang berada di dalam kereta Viva.


Lihat Video Di Sii :Wanita Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas… by mynewshub

Tidak lama kemudian lelaki tersebut keluar dari arah tingkap dan membelasah wanita berkenaan dengan menendang, memukul dan menghempasnya ke jalan raya.

Lelaki itu turut merampas satu objek dipercayai pisau dari tangan wanita berkenaan.

Dia turut dirakam mengambil beg sebelum masuk ke dalam kereta dan melarikan diri.

Beberapa orang yang melihat kejadian tersebut kemudiannya cuba membantu wanita berkenaan yang meraung dan menangis. – MYNEWSHUB.CC


Video: Wanita Dibelasah Sebelum Ditinggal Tepi Jalan Video: Wanita Dibelasah Sebelum Ditinggal Tepi Jalan Reviewed by Berbagai_bagai on 4:21 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.