F expr:class='data:blog.pageType'>

Wardina anggap umat Islam Taman Medan sebagai Vampire ke????



Hanya vampire takutkan lambang salib,' kata Wardina Safiyyah, ketika meminta maaf bagi pihak umat Islam berikutan insiden protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu. 

Selebriti tempatan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot memohon maaf kepada penganut Kristian selepas kira-kira 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan protes mendesak sebuah gereja menurunkan lambang salib Ahad lalu.

Menulis di laman Facebook, Wardina menganggap tindakan penduduk Taman Medan itu tidak mencerminkan sifat sebenar umat Islam.

"Saya harap salib dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya," katanya melalui tulisan di Facebook.

Sementara itu, tidak sampai tiga jam setelah menerima desakan penduduk Islam, lambang salib yang dipasang di sebuah lot perniagaan Metro di sini akhirnya dibuka semula oleh kontraktor dilantik gereja berkenaan.

Sebelum itu, wakil penduduk, Prof Datuk Abdullah Abu Bakar dengan bantuan polis mengadakan pertemuan dengan ketua gereja berkenaan bagi menyatakan hasrat penduduk di situ.

Menurut Abdullah, hasil perbincangan, pihak gereja menyatakan kesediaan untuk menurunkan lambang berkenaan secepat mungkin memandangkan ia telah mencetuskan kekecohan penduduk setempat.

“Kita cuba hormati amalan agama mereka namun, pihak mereka juga disarankan untuk menjaga sensitiviti penduduk di sini,” katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi semalam, seramai 100 penduduk Taman Medan berkumpul membantah pemasangan lambang berkenaan.

Penduduk yang ditemui memaklumkan, pemasangan lambang tersebut disedari beberapa hari lalu dan tindakan itu dipertikaikan kerana 95 peratus penghuni di kejiranan berkenaan beragama Islam.


p/s: Nampaknya gereja tu lagi faham tentang sensitiviti umat Islam di Malaysia berbanding Wardina.. Minah ni memang selalu cari publisiti murahan.. Apa kali ni dia nak kata umat Islam di Taman Medan tu Vampire ke?? Vongoks betul!!!
Wardina anggap umat Islam Taman Medan sebagai Vampire ke???? Wardina anggap umat Islam Taman Medan sebagai Vampire ke???? Reviewed by Berbagai_bagai on 8:35 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.