
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.
Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa.
“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya.
klik untuk besarkan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam).
“Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya
Sumber mymedialab
Cemburu isteri dipandang orang, suami belasah lelaki depan bank di cheras
Reviewed by Berbagai_bagai
on
3:15 PG
Rating:

Tiada ulasan: