SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Paya Dalam, Melaka, kira-kira 2 pagi semalam.
Mangsa Fara Wahidah Ali, 37, merupakan seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak dan sedang mengambil cuti sakit.
Memetik info daripada Facebook Daily Trafik Report, Bapanya Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kejadian kebakaran itu apabila tersedar dari tidur kira-kira jam 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat cahaya api menerusi cermin tingkap rumah.
“Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.
“Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu,” katanya.

Menurut maklumat yang diperoleh daripada pautan komen di Facebook, mangsa mengalami gangguan makhluk halus sehingga menyebabkannya bertindak demikian.
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan paparan gambar sepucuk tulisan yang dikatakan ditulis arwah sebelum membakar dirinya.
Apa-apa pun, marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. – MYNEWSHUB.CC
Guru Nekad Bakar Diri, Akibat Gangguan Makhluk Halus!
Reviewed by Berbagai_bagai
on
12:32 PTG
Rating:
Tiada ulasan: