F expr:class='data:blog.pageType'>

MENGEJUTKAN!! SEDIH SANGAT ISTERIKU MATI PUTUS KEPALA SEBAB AKU BERDEGIL

MENGEJUTKAN!! SEDIH SANGAT ISTERIKU MATI PUTUS KEPALA SEBAB AKU BERDEGIL

PORT DICKSON – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Port Dickson-Seremban kira-kira jam 4 pagi tadi.Difahamkan, mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, maut di tempat kejadian sementara suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, cedera parah dan kini dirawat diHospital Tuanku Jaafar (HTJ)

Seremban.Sumber memberitahu, siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa tinggi yang dibonceng Shamasrol hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan selepas isterinya mengantuk.Akibat daripada itu, leher mangsa (Nor Azina) terseret di atas besi penghadang jalan manakala Shamasrol tercampak dan turut terkena besi penghadang jalan menyebabkan putus tangan kiri di paras siku.



Port Dickson: Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban, 4.45 pagi tadi.

Mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng maut di tempat kejadian manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.Difahamkan, kemalangan berlaku pada 4.45 pagi tadi ketika mangsa dan suami menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.Kemalangan itu mengakibat leher Nor Azina terkena pada besi penghadang jalan sebelum terputus dan bergolek ke kanan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MENGEJUTKAN!! SEDIH SANGAT ISTERIKU MATI PUTUS KEPALA SEBAB AKU BERDEGIL MENGEJUTKAN!! SEDIH SANGAT ISTERIKU MATI PUTUS KEPALA SEBAB AKU BERDEGIL Reviewed by Berbagai_bagai on 5:24 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.