F expr:class='data:blog.pageType'>

Misteri Kehilangan Pesawat Di Seluruh Dunia


Misteri kehilangan pesawat MH370 yang memasuki tempoh selama 515 hari bukanlah sesuatu perkara yang baru di dunia. Diawal kehilangan pesawat berkenaan, pelbagai teori cuba dikaitkan dengan kehilangan pesawat ini sehingga ada yang mengatakan kerajaan gagal menangani dan menguruskan urusan mencari pesawat berkenaan.

Tanpa kita sedar, kehilangan penuh misteri pesawat ini adalah yang ketiga paling lama setakat ini dicatatkan dalam sejarah aviasi dunia.

Misteri kehilangan British South American Airways, Star Tiger


Misteri kehilangan pesawat British South American Airways, Star Tiger yang membawa seramai 25 orang dan anak kapal ini merupakan kehilangan paling lama dalam sejarah. Pesawat ini hilang setelah terbang dari Santa Maria, Amerika Syarikat ke Bermuda pada 30hb Januari 1948.

Dalam penerbangan 12 jam berkenaan, pesawat itu dilaporkan terbang rendah untuk mengelak angin kencang. Namun Star Tiger hilang dan menariknya, pesawat ini tidak dapat dikesan sehingga hari ini. Pelbagai teori dikemukakan dan antara paling menarik ialah pesawat berkenaan lenyap ditelan oleh Segi Tiga Bermuda selain di serang oleh tentera udara Cuba ketika menghampiri Bermuda.

Kejadian tragik Air France 447


Kejadian kedua yang paling dikenang dalam sejarah aviasi dunia adalah kehilangan pesawat Air France 447. Pesawat Airbus A330-200 ini memulakan perjalanan dari Rio de Jeneiro, Brazil menuju Paris, Perancis dilaporkan hilang bersama-sama 228 orang penumpang dan anak kapal di tengah-tengah lautan Antlantik tanpa dapat dikesan oleh sebarang radar.

Pesawat ini dikatakan terbang didalam cuaca ribut petir dilaporkan terhempas pada 1hb Jun 2009. Malangnya, pilot pesawat berkenaan langsung tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sebelum pesawat ini hilang terus dari radar. Ini menjadikan pencarian pesawat lebih sukar memandangkan kedudukan terakhir pesawat jelas tidak jelas untuk dibincangkan.

Setelah memakan masa sehingga 740 hari hilang di lautan, petunjuk pertama pesawat berkenaan dijumpai oleh sebuah kapal dagang yang melalui kawasan berkenaan dan seterusnya pasukan mencari berjaya menemui bangkai pesawat berkenaan tenggelam didasar lautan. Tiga hari kemudian, kotak hitam pesawat berkenaan ditemui berhampiran lokasi bangkai pesawat berkenaan di temui.

Menyedihkan, tiada walau seorang pun mayat dapat dijumpai tersangkut pada bangkai pesawat malang berkenaan.

Kehilangan Pesawat Adam Air 574


Kejadian yang sama juga berulang kepada negara jiran kita, Indonesia. Kehilangan pesawat 574, Boeing 737-400 milik Penerbangan Adam Air ini berlepas dari Surabaya ke Manado dan dilaporkan terhempas di Selat Majene, Sulawesi.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas pada 1hb Januari 2007 setelah kehilangan arah di tengah perjalanan dan kemudian hilang dari radar pengesan di Pusat Kawalan Trafik Udara Makassar. Pesawat yang membawa 102 orang penumpang ini dilaporkan oleh pengurus tugasan lapangan terbang Surabaya bahawa sebelum berlepas, pesawat berkenaan tidak mempunyai masalah teknikal untuk terbang.

Kotak hitam pesawat berkenaan hanya ditemui kira-kira tujuh bulan ianya dilaporkan terhempas dimana ianya ditemui pada kedalaman 2,000 meter didalam dasar laut.

Insiden penuh tragik dan mengerikan di Banjaran Andes, Argentina


Kejadian yang agak tragis dilaporkan berlaku di Banjaran Andes, Argentina setelah pesawat sewa khas Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 orang penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo terhempas dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972.

Mereka hanya di ditemui kira-kira 72 hari kemudian setelah 2 orang daripada penumpang berkenaan mengambil risiko melalui trek pergunungan berkenaan selama 10 hari. Menyedihkan, untuk hidup, mereka harus “bertarung” sesama rakan penumpang untuk membunuh mereka dan memakan daging orang yang tewas hanya untuk kekal bernyawa di atas pergunungan bersalji di Andes

Ini adalah sebahagian peristiwa kehilangan pesawat yang paling diingati dalam sejarah penerbangan dunia. Jesteru, tiada sebab untuk mana-mana pihak menunding jari kepada kerajaan dengan mendakwa kerajaan lemah dalam menangani kehilangan MH370.


Bukan semua kehilangan mampu dijumpai dalam masa sekejap. Setidak-tidaknya penemuan serpihan pesawat berkenaan memberikan pertunjuk jelas dimana pesawat berkenaan kali terakhir terbang dan ini menjadikan pencarian pesawat berkenaan bakal menemui jalan penamat andai pasukan mencari berjaya menemui bangkai pesawat berkenaan dan sekaligus membawa kepada penemuan kotak hitam pesawat berkenaan.



Al Fatihah untuk semua mangsa MH370
Kami setia menanti “kepulangan dan khabar” penuh dari kamu selama mana kamu terus “menghilang dari mata rakyat Malaysia.
Misteri Kehilangan Pesawat Di Seluruh Dunia Misteri Kehilangan Pesawat Di Seluruh Dunia Reviewed by Berbagai_bagai on 9:09 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.