F expr:class='data:blog.pageType'>

Wawa nak timang anak perempuan



Kuala Lumpur: Pelakon Wawa Zainal, 24, yang disahkan hamil anak kedua baru-baru ini teringin menimang anak perempuan pula.

Sebelum ini, Wawa yang berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel, 27, pada 25 Februari 2012 dikurniakan anak lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia setahun 10 bulan.

“Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti.

“Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga,” kata Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin.

Selain Attar, pelakon filem 99 Kali Rindu ini cukup bertuah kerana bersuamikan Aeril yang dianggapnya lelaki sempurna.

“Kehadiran suami dan Attar membuatkan hidup saya semakin bahagia. Saya bersyukur kerana memiliki suami yang cukup penyabar dan paling penting dia banyak membimbing saya ke jalan yang lebih baik,” katanya.

Wawa nak timang anak perempuan Wawa nak timang anak perempuan Reviewed by Berbagai_bagai on 3:22 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.