F expr:class='data:blog.pageType'>

Dikecam Teruk, Elizabeth Tan Mohon Maaf Kepada Peminat Kumpulan K-Pop


Nampaknya baru-baru ini penyanyi Elizabeth Tan telah diserang dan dikecam teruk di laman Instagram gara-gara kerana nama kumpulan peminatnya yang dinamakan ELF – juga nama yang sama digunakan oleh sebuah kumpulan dari Korea.

BACA: Elizabeth Tan Jelaskan Sebab Batalkan Persembahan



Melihatkan daripada komen yang agak keterlaluan, Elizabeth tampil memohon maaf (juga di Instagram) terhadap perkara tersebut di samping menyatakan dia tidak tahu menahu tentang persamaan nama kelab peminat kumpulan berkenaan.

“Tak payah nak mencarut semua dekat sini, kepada semua yang support club I saya ucapkan terima kasih, dan kepada semua yang support club super junior, saya minta maaf,” jelas Elizabeth selain menyatakan akan menukar nama kelab peminatnya itu.

Kami sendiri tidak sangka penangan K-pop maha hebat sebegini sehingga Elizabeth teruk dikecam sedangkan ia hanyalah perkara kecil melibatkan nama kelab peminat. Apa pun kami harapakan janganlah ada rusuhan pula semata-mata memperjuangkan kelab peminat masing-masing.
Dikecam Teruk, Elizabeth Tan Mohon Maaf Kepada Peminat Kumpulan K-Pop Dikecam Teruk, Elizabeth Tan Mohon Maaf Kepada Peminat Kumpulan K-Pop Reviewed by Berbagai_bagai on 4:13 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.