F expr:class='data:blog.pageType'>

Hamil Anak Kedua & Aeril Zafrel Akui Isteri Suka Meragam


Pelakon Aeril Zafrel menyatakan bahawa dia tidak pernah menghalang isterinya, Wawa Zainal untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang seni jika beliau rindu untuk kembali berlakon.

“Wawa saya beri kebebasan tapi saya tak paksa kalau dia rindu untuk berlakon seperti sebelum-sebelum ini. Tetapi saya lebih suka sekiranya dia sibuk dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya yang ditemui semasa majlis Syukur Selalu TV3 kelmarin.


BACA: Wawa Zainal Sah Hamil Anak Kedua, Harap Dapat Anak Perempuan
Tidak lama lagi pasangan suami isteri ini bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata yang telah disahkan jantina iaitu perempuan. Aeril Zafrel memberitahu isterinya itu kini lebih kerap meragam dalam kehamilan kedua yang kini memasuki usia enam bulan.

Aeril berkata, ketahanan diri isterinya itu juga agak lemah berbanding kandungan pertama apabila sering tidak sihat dan selalu bersikap dingin.

“Kandungan kali ini berbeza sedikit kerana mood dia tidak konsisten, kadang-kadang sebab jerawat pun dia tiada mood nak keluar rumah. Apa yang saya lihat kandungan pertama dia lebih kuat, mungkin sebab banyak urat putus sewaktu melahirkan anak pertama dan ketahanan badan dia tidak seperti dahulu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aeril berkata, isterinya itu tidak terlalu cerewet atau mengidam sesuatu makanan seperti kebiasaan wanita mengandung.

Sementara itu, Aeril memberitahu kebelakangan ini dia menyepi bukanlah mahu berundur daripada dunia seni tetapi sibuk menguruskan perniagaan dan baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem berjudul ‘Omerta’ dan bertindak sebagai selalu pengarah untuk filem pertamanya itu.

“Saya bukan menyepi tetapi sibuk menguruskan perniagaan yang baru bermula dan yang terbaru saya buat pertama kalinya mengarah untuk filem ‘Omerta’ bersama tenaga produksi yang hebat dan berkaliber bagi membantu saya menjayakan filem ini,” tambahnya lagi.
Hamil Anak Kedua & Aeril Zafrel Akui Isteri Suka Meragam Hamil Anak Kedua & Aeril Zafrel Akui Isteri Suka Meragam Reviewed by Berbagai_bagai on 4:16 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.